Sunday, 23 December 2012

Blueberry Swiss Roll dan tips


Yahooo...cuti lagi..heheh..walaupun gambar dah post semalam..tapi rini baru sempat update..maklum ler..kan cuti Krismas..ingatkan ramai orang balik kampung..rupanya ramai gak yang dok umah..dan habiskan masa dengan keluarga..sesak jugakla tempat2 biasa orang singgah..shopping complex dsb...

Resepi swiss roll kali ini sangat memuaskan hati..sebab menjadi...dan boleh maintain lembut walaupun selepas beberapa hari dalam peti ais..sebab ada lagi baki blueberry, jadi aku cuba isi filling blueberry pula...yang bahagian kek tuh cuma calitkan warna coklat yang dibancuh dengan sedikit adunan..


Cuma saiz yang ini agak besar sikit dari entry sebelum ini untuk strawberry swiss roll..Sebenarnya nak buat swiss roll mungkin tak susah bagi yang sudah expert dan pro..hihi..macam aku yang part time homebaker yang full time bekerja nih..rasa agak susah dan mencabar juga..

So, nak juga la kongsi pengalaman yang tidak seberapa..berdasarkan cubaan yang pernah aku hasilkan..


Banyak resepi pernah aku survey gak..setakat ni aku perasan ada dua versi cara-cara pembuatan swiss roll nih..yang PERTAMA: menggunakan kaedah meringue dan kaup balik.  Yang KEDUA: menggunakan kaedah kek biasa tetapi telur dipukul agak lama pada speed tinggi.

Antara dua nih aku paling selesa dengan kaedah PERTAMA.  Sebab menjadi..Banding ngan yang KEDUA aku pernah try tapi kurang memuaskan.  Mungkin jugak sebab aku pakai hand mixer je..jadi tak mampu gak nak pukul lama2..hihi..apapun, blog ni cuma nak berkongsi apa yang pernah aku cuba..harap menjadi panduan pada yang sudi..huhu..

Bukan itu saja, versi swiss roll ni jugak ada yang berkulit..macam entry ini..ada gak yang jenis terkopek kulit..dus2 pernah aku cuba..tapi yang berkulit ni memang mencabar sikit..nak pastikan kulit tidak lekang dari kek dan melekat pada paper, aku guna teknik berikut..harap membantu:

i. Sejukkan kek sebaik keluar dari oven secukupnya,  lepas tu baru keluarkan kek dan terbalikkan atas baking paper.

ii. Guna baking paper yang high quality.

iii. Gulung kek dengan behati-hati.

iv.  Bukak paper dengan berhati2 selepas keluarkan dari peti sejuk, jika dibiar lama, air dari kondensasi akan menyebabkan kulit kek melekat pada baking paper.


Dah panjang lebar ceritera..jom la tengok resepi pulak..

Bahan-bahan:

4 kuning telur
35 g gula
40 g susu
40 ml minyak jagung
75 g tepung naik sendiri
4 putih telur-untuk meringue
15 g gula-untuk meringue
Cream of tartar

Cara penyediaan:

Satukan semua bahan kecuali untuk meringue.  Boleh pukul telur kuning dengan gula dulu, kemudian masukkan tepung, selang-seli dengan susu dan minyak.  Kemudian masukkan meringue ke dalam adunan.  Guna kaedah kaup balik hingga sebati.  Bakar pada suhu 170oC selama 15 minit sahaja.  

Untuk inti boleh guna whip cream yang telah dipukul kental..Yang ini aku guna non dairy punya.







No comments:

Post a Comment