Salam Jumaat yang penuh keberkatan...entry swiss roll lagi ke cek kak??? haha..biasala..masak ni kadang berantu sikit..macam DC tu jugak kan..kadang ada musim..ikut tahap kerajinan dan mood nak masak dan makan apa..
memandangkan aku tak pernah lagi cuba resepi cappucino swiss roll, jadi kesempatan yang ada ku luangkan untuk sediakan kek ni yang nyata tidak menghampakan..
Sekali lagi, aku pilih untuk kekalkan kulit kek luar nih..sebab suka bila makan...macam kupas kulit roti pau je..hihi..
Rasa camne lak?? bagi aku sedap ler..tak pasti pulak yang merasa..hiii..ramai gak yang tukang rasa kek yang satu nih..buat pun sama-sama ngan my sil...sambil bereksperimen seronok jugak..
Kalau dah gitu, jom kita cek resepi dulu..
Bahan-bahan:
4 kuning telur
1 paket Capucino segera (3-in-1)
2 sudu besar gula
1 sudu kecil vanilla
75g tepung kek
40 ml susu segar
40 ml minyak jagung
Meringue:
4 putih telur
1 sudu gula
1/2 sudu teh cream of tartar
Cara Penyediaan:
Pukul meringue dulu hingga gebu.
Untuk adunan kek, pukul at low speed kuning telur dengan Capucino dan gula hingga kembang. Masukkan tepung. Selang-selikan dengan bancuhan susu dan minyak. Kaupbalikkan meringue ke dalam adunan hingga sebati.
Untuk inti:
Nutella secukupnya
Non dairy whip cream secukupnya
Bila kek sudah sejuk, sapukan Nutella. Kemudian baru dilapisi dengan whip cream. Gulung dan simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang.
No comments:
Post a Comment