Saturday, 15 December 2012

Paru Goreng Garing


Salam hujung minggu..taxde idea plak nak berceloteh hari ni..kepenatan jugak..banyak aktiviti ujung2 tahun ni..hiii..walau bagaimanapun, sempat juga aku siapkan resepi mudah tapi sedap ini untuk sarapan pagi tadi..pagi ni kami bfast dengan nasi putih, pulut, sambal ikan bilis dan paru goreng ni..haa...dah macam lauk tengahari kan..

Sebenaunya resepi ni rekaan semata2 menggunakan bahan sedia ada saja..tak sangka pulak sedap..jom tengok resepi..

Bahan-bahan:

Paru (rebus, potong nipis dan goreng garing..toskan)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 batang serai
Sos tomato
Terung
Carrot
Gula
Garam
Sedikit air

Cara Penyediaan:

Tumiskan bawang yang telah ditumbuk lumat bersama kunyit.  Bila sudah garing, masukkan paru.  Diikuti gula, garam, terung, carrot, serai, sos tomato.  Kacau rata.  Masukkan sedikit air untuk sebatikan rasa.  Angkat bila sudah masak.  Boleh juga diletakkan cili api jika mahu pedas.


No comments:

Post a Comment