Monday 28 January 2013

Rojak Betik


Selamat Bertemu kembali..arggghhhh...bestnyer cuti panjang...kan2!!!  Hihi..Paling best sebab dapat makan macam2 makanan yang takde kat bandar nih..kalau ada pun rasa tak sama sengan yang kampung  punye..haaa...untuk first entry selepas bercuti ni aku nak share satu hidangan yang sangat lama aku tak makan...kecik2 dulu je seingat aku..Rojak Betik..kalau nama omputih Papaya Salad kot...

Kat lama umah banyak pokok betik yang berbuah lebat..itu yang my beloved mom terus cadangkan buat rojak betik..hah?  macam dah lupa camne rasanya..


Camne rasa rojak betik nih?  Serius sedap pada yang sukakan rasa masam2 manis..hidangan asli pantai timur ni biasa dimakan dengan keropok dan timun..kuahnya pulak dari kombinasi cili kering, ikan rebus dan asam jawa.


Jom kita tengok resepi..kot ada yang nak mencuba..

Resepi: Ma a.k.a nenek

Bahan-bahan:

Betik muda disagat
Timun
Keropok 

Untuk kuah:
3 ekor isi ikan rebus (kisar dengan air)
2 sudu besar cili giling
1sb asam jawa (ambil pati sahaja)
Guula dan garam secukupnya

Untuk kuah, masak semua bahan atas api sederhana hingga mendidih dan sedikit pekat.  Perasakan dengan garam dan gula.  Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment