Bahan-bahan:
2 ulas bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih dicincang
2 paket Rempah Briyani Sindhi
1 kg ayam
Tomato
Chili hijau
Daun ketumbar
Kentang
Cara Penyediaan:
Tumis bawang hingga layu dan caramelize. Masukkan ayam dan
kentang. Goreng sekejap. Masukkan rempah Briyani dan kacau rata.
Masukkan daun ketumbar, cili hijau dan kentang. Tutup periuk dan
biar masak dalam 7 minit atau sehingga ayam masak. Maukkan tomato yang
dipotong dadu. Jika ingin berkuah, masukkan susu cair.
Nasi:
Tanak beras Basmathi yang telah direndam sekejap.
Seterusnya,
lapik loyang kukusan dengan daun pisang. Sendukkan nasi dan ratakan.
Masukkan ayam Briyani dan bawang2 dalam kuah Briyani. Titikkan
pewarna kuning telur di beberapa spot, tapi jangan dikacau. Lapik lagi
dengan nasi dan ulang hingga habis nasi. Tidak perlu curah kuah banyak,
cukup letak rempah ratus dalam kuah tu je. Nanti jadi bubur lak..haha..
Susun telur rebus sebagai lauk tambahan. Kukus nasi dan lauk
selama 15 hingga 20 minit. Setelah masak baru di gaul manja2 je nasi dan
spot pewarna tadi. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment