Saturday, 15 December 2012

Paru Goreng Garing


Salam hujung minggu..taxde idea plak nak berceloteh hari ni..kepenatan jugak..banyak aktiviti ujung2 tahun ni..hiii..walau bagaimanapun, sempat juga aku siapkan resepi mudah tapi sedap ini untuk sarapan pagi tadi..pagi ni kami bfast dengan nasi putih, pulut, sambal ikan bilis dan paru goreng ni..haa...dah macam lauk tengahari kan..

Sebenaunya resepi ni rekaan semata2 menggunakan bahan sedia ada saja..tak sangka pulak sedap..jom tengok resepi..

Bahan-bahan:

Paru (rebus, potong nipis dan goreng garing..toskan)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 batang serai
Sos tomato
Terung
Carrot
Gula
Garam
Sedikit air

Cara Penyediaan:

Tumiskan bawang yang telah ditumbuk lumat bersama kunyit.  Bila sudah garing, masukkan paru.  Diikuti gula, garam, terung, carrot, serai, sos tomato.  Kacau rata.  Masukkan sedikit air untuk sebatikan rasa.  Angkat bila sudah masak.  Boleh juga diletakkan cili api jika mahu pedas.


Wednesday, 12 December 2012

Crepe Coklat Pulak dah..ish..ish..


Ish..ish..belum habis lagi demam durian crepe ni kan..dalam semua blog masak demam crepe durian ni..terpikir pulak bagaimana rasa kombinasi durian ni dengan coklat..hmmm..so, terhasil la ciptaaan yang aku pun tak pasti samada blog lain dah ada..so far lum nampak..mungkin boleh share jugak ngan resepiharihari..hehe..(dah tak bape jadi harihari semenjak dua menjak ni..tak menang tangan)..

Wokehh...berbalik pada crepe durian perisa coklat ni..story nya lebih kurang je ngan DC yang original tu..cuma ada la pengubahsuaian sedikit di sini sinun...