Assalamualaikum..selamat berpuasa di hari ke-10 sudah..syukur Alhamdulillah masih dikurniakan keupayaan oleh Allah untuk mengharungi hari-hari di bumi ciptaanNya yang maha indah ini..
Saban hari masa berlalu, semakin dekat diri kita kepadaNya...semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keinsafan kepada semua bahawasanya hidup ini suatu perjalanan yang amat singkat..
hanya amalan yang mulia menjadi bekal di akhirat kelak..
Hari ini, suka aku berkongsi kisah Nabi Musa a.s semasa perdebatan baginda dengan Firaun..
sebagai memetik kisah dari IKIM...aku sunguh tertarik bahawasanya ayat penerang hati yang selalu kita baca dan perlu diamalkan itu juga digunakan Nabi Musa sebagai melengkapkan diri baginda untuk mendapat kekuatan dan kepetahan lisan membidas segala tohmahan Firaun yang mengaku dirinya Tuhan ketika itu...
Dalam tugas seharian juga, ayat tersebut sangat memberi manfaat jika diamalkan...
Berbalik pada resepi kali ini, aku sediakan sotong masak sambal sahaja..sesuai dipadankan dengan nasi panas atau pulut..
Bahan-bahan:
Sotong dicuci dan dipotong
Cili giling
1 labu shallot
2 ulas garlic
1 inci halia
(dikisar)
minyak untuk menumis
garam gula
Cara penyediaan:
Layukan sotong berasingan dahulu untuk membuang lebihan air.
Petua: Cara ini menghasilkan sotong yang kekal pejal dan tidak kecut bila masuk dalam sambal nanti ye.
Dalam kuali lain tumis bahan kisar hingga garing, masukkan perisa dan sedikit air. Akhir sekali masuk sotong dan gaul hingga masak sepenuhnya.